Ahli kumpulan UNIC

Pada awal penubuhannya (Tahun 2002), UNIC terdiri daripada 4 orang anak muda untuk album You And I See iaitu :

  1. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  3. Wan Sharifuddin bin Wan Hassan (Wan Shah)
  4. Mohd Afendi bin Haji Jahri (Apen, Fendi)

Setahun selepas itu (tahun 2003), UNIC telah menghasilkan album kedua mereka yang berjudul See You Di IPT. Namun dalam album ini, UNIC telah bertukar seorang anggota apabila Mohd Afendi bin Haji Jahri yang lebih dikenali sebagai Apen atau Fendi telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB) disebabkan masalah dalaman. Pengunduran Afendi dari UNIC telah menyebabkan kumpulan ini kekosongan seorang anggota. Akhirnya, UNIC telah menemui pengganti Afendi dengan kemasukan Mohammad Hafiz bin Hamidun yang kini lebih dikenali sebagai Hafiz Hamidun setelah beliau diberi tempoh percubaan selama 3 bulan bersama UNIC oleh pihak pengurusan.

  1. Mohammad Hafiz bin Hamidun (Hafiz, Pis)
  2. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  3. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  4. Wan Sharifuddin bin Wan Hassan (Wan Shah)

Seterusnya pada tahun 2005, UNIC telah melancarkan album ketiganya yang berjudul Satu Tekad. Seperti yang diduga, UNIC sekali lagi bertukar seorang anggota apabila Wan Sharifuddin bin Wan Hassan yang lebih dikenali sebagai Wan Shah telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB) juga disebabkan masalah dalaman seperti yang berlaku kepada Afendi sebelum ini. Pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk memasukkan Ahmad Fadzli bin Abd Aziz yang lebih dikenali sebagai Fadzli UNIC atau Pali sebagai pelengkap barisan anggota UNIC dan Fadzli telah menggantikan Wan Shah untuk album ini.

  1. Mohammad Hafiz bin Hamidun (Hafiz, Pis)
  2. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  3. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  4. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli, Pali)

Pada tahun 2007, UNIC sekali lagi menghasilkan album keempat yang berjudul Tika Itu. Sayangnya, Mohammad Hafiz bin Hamidun atau Hafiz Hamidun telah mengambil keputusan untuk meninggalkan UNIC untuk memulakan karier solonya sehingga kini setelah menamatkan kontrak beliau dengan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB) Pada awal tahun 2006. Pengunduran Hafiz dari UNIC telah menyebabkan kumpulan ini tinggal hanya 3 orang anggota. Namun dalam album Tika Itu versi VCD, pihak pengurusan telah menampilkan Syed Mohd. Azlan bin Syed Amirruddin yang lebih dikenali sebagai Alan yang pernah menganggotai Kumpulan Rast untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hafiz Hamidun.

  1. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  3. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli, Pali)

Pada tahun yang sama, Mohamad Fitri bin Mohamad Haris yang lebih dikenali sebagai Fitri atau Pit telah mengumumkan pengunduran beliau dari UNIC. Sebelum beliau mengundur diri, beliau sempat merakamkan album terakhirnya bersama UNIC yang berjudul Langkah Tercipta pada tahun 2009. Album ini juga merupakan album terakhir UNIC setelah 8 tahun bernaung di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB). Album ini telah menampilkan Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin yang lebih mesra dipanggil Fakhrul sebagai anggota baru kumpulan UNIC.

  1. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  2. Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
  3. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  4. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli, Pali)
  5. Syed Mohd. Azlan bin Syed Amirruddin (Azlan, Alan)

Selepas album Langkah Tercipta diterbitkan, Alan telah menarik diri dari UNIC atas sebab-sebab tertentu menyebabkan kumpulan ini tinggal hanya 3 orang anggota iaitu :

  1. Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  3. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli, Pali)

Namun pada awal tahun 2015, UNIC sekali lagi kehilangan seorang anggotanya apabila Ahmad Fadzli bin Abd Aziz atau Fadzli UNIC telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan ini atas faktor kerjaya beliau yang semakin sibuk di TV AlHijrah. Pengunduran Fadzli dari UNIC telah menyebabkan kumpulan ini tinggal hanya 2 orang anggota iaitu :

  1. Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)

Tetapi pada bulan September 2016, UNIC telah mengumumkan ahli terbaru kumpulan UNIC iaitu saudara Wan Najdi b. Wan Mohd Noh bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh saudara Ahmad Fadzli b. Abd Aziz. Beliau telah mengikuti aktiviti UNIC sejak pada awal tahun 2015 lagi seperti konsert amal dan lain-lain. UNIC mengumumkan ahli terbaru mereka melalui media sosial Instagram, Facebook dan Twitter UNIC. Kini, kumpulan ini sudah kembali bertiga iaitu :

  1. Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  3. Wan Najdi bin Wan Mohd Noh (Imam Muda Najdi, Najdi, Adi)

Pada April 2017, UNIC adalah antara peserta yang telah berentap menerusi program terbaharu iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) yang mengangkat lagu ketuhanan sebagai konsep pertandingan. Mereka telah mempersembahkan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu pada minggu pertama.

Pada 21 Mei 2017, di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV), UNIC telah mempersembahkan lagu pertama mereka iaitu Ainul Mardiah dan lagu kedua battle bersama SAUJANA mempersembahkan lagu Kalah Dalam Menang. Melalui persembahan akhir tersebut UNIC telah dinobatkan sebagai JUARA untuk Gema Gegar Vaganza 2017 dengan hadiah kemenangan sebanyak RM100 000 dan trofi. Semoga UNIC terus sukses!

Rujukan

WikiPedia: UNIC http://www.facebook.com/official.unic http://www.twitter.com/unicnasyeed http://www.youtube.com/user/unictvproduction?featu... http://www.hmetro.com.my/articles/Tidakselamanyaka... http://www.hmetro.com.my/articles/UNICanjurkem/Art... http://www.hmetro.com.my/articles/UNICterusaturlan... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt...